Kuman Baik

Assalamualaikum
Mc'D ada disini bukan sekadar berkongsi pengalaman ,tetapi juga cuba menyampaikan hikmah kehidupan yang sama-sama kita tempuhi.Hikmah sebenarnya bukan dalam lingkaran pengetahuan manusia  tetapi hikmah akan kita dapat rasai jika kita berpegang pada takdir Allah subhanahu wataala. Allah Maha Mencipta dan Dialah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan apa yang tak baik untuk makhluk ciptaaNya.


 Oleh itu,kita sebagai makhluk yang kewajipannya menyembah Allah subhanahu wataala,keyakinan kita harus berpaksikan Allah bahawa jika Dia mendatangkan ujian kepada kita,maka Dia punya hikmah perlaksanaanya  .firman Allah subhanahu wataala yang berbunyi;


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالاٌّخِرَةَ ذلِكَ هُوَ الْخُسْرَنُ الْمُبِينُ
  يَدْعُو مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُ وَمَا لاَ يَنفَعُهُ ذلِكَ هُوَ الضَّلَـلُ الْبَعِيدُ
 يَدْعُو لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ
  Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demikian sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13






 mungkin dalan tak sedar,kita juga pernah menyalahkan takdir atas sesuatu yang menimpa kita.Apa yang penting,Jaga Iman Jaga Lidah ,Jaga Hati masing-masing.. ucapkan syukur Alhamdulillah selalu :)